jelaskan tentang sektor perikanan di malaysia
IPS
dinda2322
Pertanyaan
jelaskan tentang sektor perikanan di malaysia
2 Jawaban
-
1. Jawaban anisafebri02p3h27w
Perikanan air dalam merupakan satu aktiviti dalam industri perikanan yang dilakukan di kawasan perairan dalam dan biasanya jauh dari daratan. Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian ("Food and Agriculture Organisation (FAO)") Bangsa-Bangsa Bersatu, penangkapan ikan laut dalam dilakukan di kawasan perairan antara 200-2,000 meter di lautan lepas dan ia menyasarkan ikan spesies pelagik dengan menggunakan peralatan termasuk pukat tunda dasar dan pertengahan dan tali panjang. -
2. Jawaban kmlfarha02
Pembangunan perikanan laut dalam di Malaysia secara besar-besaran diilhamkan oleh Perdana Menteri sejak awal 1980-an. Ia dilancarkan secara rasmi pada 1987. Sehingga 2013, kawasan zon ekonomi esklusif ("exclusive economic zone - EEZ") Malaysia merangkumi kawasan seluas 548,800km2, dengan sekitar 46% atau 250,000 km2 terletak di perairan Sarawak, Sabah dan Labuan. Sarawak yang memiliki kawasan zon ekonomi esklusif yang dianggarkan seluas 160,000km2, merupakan yang terbesar.
Pihak Jabatan Perikanan telah melakukan kaji bersama dengan Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara yang terletak di Thailand, dan telah berjaya mengenal pasti kawasan-kawasan sumber ikan yang masih belum diterokai terutamanya di luar persisiran pantai Sabah dan Sarawak, di mana sumber tuna dan ikan pelagik lain dipercayai masih belum disentuh.
Lima negeri bagi perikanan laut dalam menurut ikan didaratkan
Negeri Tan (RM j)Perak 75,567 298.2Sarawak 51,268 127.8Kelantan 50,202 220.3Pahang 39,245 214.0Perlis 29,790 173.6Sumber: Jabatan Perikanan
Negeri lain yang menyumbang perikanan laut dalam adalah Pahang, Perlis dan Johor. Sehingga Mac 2014, terdapat 1,254 kapal berlesan bagi perikanan laut dalam yang beroperasi di perairan Malaysia. Selepas menarik balik 318 lesen laut dalam pada 2012, Jabatan Perikanan Laut mengeluarkan premit ekslusif kepada 12 syarikat utama pada 2013 bagi mengambil sumber laut pada skala besar. Syarikat-syarikat ini menyumbang kepada 80% tangkapal ikan dari zon laut dalam.
maaf kalo salah